Kempen Internet Selamat @ SJK © Ek Thei, Sibu
13 November 2025 | Aktiviti Terkini🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) SJK (C) Ek Thei, Sibu, Sarawak.
📅 Tarikh: 12 November 2025
⏰ Masa: 8.30 pagi – 9.30 pagi
Pada hari ini NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SJK (C) EK Thei, Sibu, Sarawak.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari internet dengan selamat. Setiap peserta memberikan kerjasama dan respon yang baik semasa aktiviti berlangsung.
🎯 Objektif Program:
-Meningkatkan kefahaman murid mengenai internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi internet.
-Menjelaskan kepada murid mengenai had umur 13 tahun penggunaan media sosial berdasarkan peraturan platform media sosial.
-Memberi kesedaran kepada murid tentang risiko dan ancaman dalam talian yang tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak bawah 13 tahun disebabkan keupayaan mental yang masih belum bersedia.
-Membantu murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang sesuai bagi golongan kanak-kanak sekolah rendah.
👥 Peserta:
Sebanyak 240 orang murid telah terlibat dengan Program KIS ini iaitu dari pelajar Pra Sekolah sehingga Tahun 6.
✅ Hasil Program:
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dengan memberi penekanan dan kesedaran kepada murid tentang cara menggunakan internet secara berhemah, bijak dan selamat. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SJK (C) Ek Thei kerana telah sudi bekerjasama dalam menjayakan Program KIS ini. Para pelajar juga mendapat kesedaran dan penggunaan internet yang positif dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: